Wednesday, January 9, 2013

Persediaan Sebelum Membeli Hartanah / Rumah Lelong

Salam sejahtera untuk semua...

Alhamdulillah..... segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam...
Saya serta anda yang sedang membaca pasti bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk berada ditahun yang baru dengan semangat yang baru berserta azam yang baru...

Mungkin dulu saya pernah beritahu. Saya akan berkongsikan info, tip, panduan, pengalaman, dan apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Hartanah atau Rumah Lelong di blog ini. Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan ilmu dan maklumat yang berguna untuk anda.

Untuk Artikel pertama ini saya akan berkongsi dengan anda tentang persediaan sebelum membeli hartanah.



Ok... Sebelum anda ingin membeli Hartanah atau Rumah Lelong, perkara paling utama yang perlu dan wajib anda tahu adalah Ilmu. Dengan adanya ilmu, anda dapat mengetahui selok-belok yang terdapat dalam hartanah lelong dan seterusnya dapat meminimakan segala risiko.

Anda seharusnya telah mengetahui apa yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas dari lelong. Sekiranya tersilap memilih dan membeli hartanah, ianya boleh menyebabkan anda mengalami kerugian atau ditipu.

Adakah anda benar-benar telah Bersedia?.
Selain ilmu, persediaan kewangan merupakan modal awal yang perlu anda ada sebelum ingin membeli hartanah. Tidak kiralah hartanah itu anda ingin beli melalui pembelian secara biasa atau secara lelongan awam.

Persediaan kewangan adalah satu perancangan penting kerana hartanah memerlukan modal yang besar untuk dilaburkan. Terutamanya anda perlu menyediakan deposit untuk membeli hartanah yang diminati. Sekiranya tersilap langkah, anda mungkin mengalami kerugian atau kehilangan deposit.

Sekiranya anda telah membayar deposit, wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pinjaman perumahan tidak mendapat kelulusan bank. Perkara ini biasanya terjadi bagi mereka-mereka yang membeli hartanah tanpa memeriksa terlebih dahulu tahap kewangannya. Apabila ingin membuat pinjaman dengan pihak bank barulah mereka tahu bahawa dirinya ada Criss/Ctos/Black List atau High Commitment.

Berdasarkan pengalaman, saya telah melihat ramai orang yang menghadapi masalah ini. Bahkan klien saya sendiri walaupun dah dipesan tapi tetap berlaku. Jika saya berjumpa Klien, kebiasaan saya akan bertanya;

“Tuan/Puan ada masalah pinjaman tak?”

Jawapan diberi;

“Takpe, takde masalah, kereta dah habis bayar. Personal loan ada lagi 2 tahun nak habis. Kalau nak buat pinjaman boleh lagi.”

Jika dilihat kepada slip gaji, memang apa yang beliau cakapkan memang betul. Potongan gajinya ok. Baki yang tinggal masih boleh untuk membuat pinjaman perumahan. Tapi yang pasti, saya bukanlah banker untuk memberikan jawapan yang tepat tehadap status kelayakan pinjaman.

Dipendekkan cerita, Selepas dia berjaya membeli hartanah lelong dan ingin membuat pemohonan pinjaman. Bank dapati beliau ada masalah bayaran bulanan untuk pinjaman-pinjaman yang lepas. Oleh itu, bank telah memberitahunya bahawa beliau ada criss. Sekiranya terdapat criss, pinjaman perumahannya sukar untuk mendapatkan kelulusan. Akibatnya, wang deposit beliau dirampas oleh bank.

Perkara pertama ini saya sangat tekankan kepada para pembeli untuk semak terlebih dahulu sebelum ingin membeli hartanah. Saya tidak mahu kesilapan mereka-mereka sebelum ini terjadi kepada anda yang mungkin pertama kali ingin membeli Hartanah.
p/s : Saya bukan bank dan tiada hak untuk mengambil tahu tahap kewangan anda. Ianya adalah privasi anda. Anda sendiri sepatutnya mengambil tahu dan bertanya dengan pihak bank terhadap status pinjaman anda.


p/s/s : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

p/s/s/s : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

No comments:

Post a Comment