Wednesday, March 13, 2013

Asas Sebelum Beli Hartanah atau Rumah Lelong


Untuk membeli hartanah lelong anda terlebih dahulu perlu mengenal pasti maklumat hartanah yang akan dilelong. Ini adalah perkara asas yang pertama sekali sebelum anda ingin memilih hartanah dan membuat pembelian.

Jangan sekali-kali anda membeli hartanah lelong tanpa mengetahui dengan tepat iaitu alamat, jenis hartanah, tarikh, jenis lelongan, bank, deposit, tempoh selesaikan baki pinjaman dan lain-lain perkara berkaitan dengan hartanah. Misalnya untuk rumah jenis Apartment, anda perlu memastikan alamat hartanah tersebut adalah tepat mengikut susunan no unit.

Seperti mana yang anda tahu, setiap hartanah yang akan dilelong mempunyai syarat dan terma tersendiri sepertimana yang terkandung dalam POS. Untuk ketahui apa itu POS sila Klik Sini.

Syarat dan terma ini berbeza-beza mengikut kepada jenis hartanah, bank yang melelong, jenis lelongan dan lain-lain. Contohnya, untuk rumah yang berstatus bumiputra, maka hartanah tersebut hanya boleh dibeli oleh bumiputra.

10 perkara asas yang perlu anda ambil tahu.

  1. Tarikh lelongan akan diadakan
  2. Jenis hartanah lelong 
  3. Alamat hartanah 
  4. Jenis lelongan 
  5. Bank yang melelong 
  6. Syarat penting 
  7. Tunggakan yang ditanggung dan tidak ditanggung oleh bank 
  8. Jumlah Bank Draft (Deposit 5%@10%) 
  9. Tempoh Selesaikan baki bayaran 
  10. Sekatan dan Kepentingan hartanah
Sebenarnya masih ada beberapa perkara lain yang perlu anda ambil tahu. Tapi asas utama yang perlu anda ambil tahu sebelum anda ingin membeli hartanah lelong adalah seperti diatas. 

Semoga artikel kali ini dapat memberi panduan dan tip yang berguna untuk anda.

P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI.

Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

1 comment: