Untuk
membeli hartanah lelong anda terlebih dahulu perlu mengenal pasti maklumat
hartanah yang akan dilelong. Ini adalah perkara asas yang pertama sekali
sebelum anda ingin memilih hartanah dan membuat pembelian.
Jangan
sekali-kali anda membeli hartanah lelong tanpa mengetahui dengan tepat iaitu
alamat, jenis hartanah, tarikh, jenis lelongan, bank, deposit, tempoh
selesaikan baki pinjaman dan lain-lain perkara berkaitan dengan hartanah.
Misalnya untuk rumah jenis Apartment, anda perlu memastikan alamat hartanah
tersebut adalah tepat mengikut susunan no unit.
Seperti
mana yang anda tahu, setiap hartanah yang akan dilelong mempunyai syarat dan
terma tersendiri sepertimana yang terkandung dalam POS. Untuk ketahui apa itu POS sila Klik Sini.
Syarat dan
terma ini berbeza-beza mengikut kepada jenis hartanah, bank yang melelong,
jenis lelongan dan lain-lain. Contohnya, untuk rumah yang berstatus bumiputra,
maka hartanah tersebut hanya boleh dibeli oleh bumiputra.
10
perkara asas yang perlu anda ambil tahu.
- Tarikh lelongan akan diadakan
- Jenis hartanah lelong
- Alamat hartanah
- Jenis lelongan
- Bank yang melelong
- Syarat penting
- Tunggakan yang ditanggung dan tidak
ditanggung oleh bank
- Jumlah Bank Draft (Deposit 5%@10%)
- Tempoh Selesaikan baki bayaran
- Sekatan dan Kepentingan hartanah
Sebenarnya
masih ada beberapa perkara lain yang perlu anda ambil tahu. Tapi asas utama
yang perlu anda ambil tahu sebelum anda ingin membeli hartanah lelong adalah
seperti diatas.
Semoga
artikel kali ini dapat memberi panduan dan tip yang berguna untuk anda.
P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.
P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI.
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_
1 comments:
apa itu jenis lelongan?
Post a Comment