Muat Turun 1,000 Hartanah Lelong Ini Sekarang:

PENTING!! Sila buat pengesahan email anda, periksa peti inbox email anda, jika tiada periksa peti spam.
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Luar Negara : 5 Rumah Atas Pokok Yang Menakjubkan

Masa kecik-kecik mungkin kita pernah bina rumah atas pokok atau mungkin pernah berimpian untuk membina rumah atas pokok yang sangat menakjubkan. Untuk posting kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 5 rumah yang dibina atas pokok yang memang lain dari yang lain.

Pada masa kini rumah-rumah yang dibina atas pokok sudah menjadi sangat menarik dan unik. Dengan teknologi yang semakin berkembang menjadikan rumah yang dibina atas pokok sangat stabil dan mungkin boleh jadi lebih mahal dari rumah biasa.

01. Treehouses Baumraum
Rumah ini dibina dengan gabungan klasik dan moden. Ini kerana, ianya dibina daripada struktur kayu yang mudah dan dibina dengan konsep serta rekabentuk moden.

02. Free Spirit Spheres

Rumah ini pula direka bentuk seperti sebiji bola. Apa yang unik untuk rumah ini adalah kerana ianya mudah alih, tahan lama dan kalis air.

03. TreeHouse Workshop

TreeHouse Workshop adalah sebuah syarikat yang terletak di Seattle, Washington yang telah menjadikan binaan rumah atas pokok sesuatu yang amat serius. Mereka telah memberikan perkhidmatan untuk membina rumah tersebut sekurang-kurangnya sebuah rumah sebulan. 

04. Tree Dwellers (Penghuni Pokok Tradisional)


Bukan semua rumah yang dibina dan diubah suai mengikut citarasa orang moden sahaja. Rumah atas pokok juga dibina oleh mereka yang tidak berkemampuan dan boleh jadi mereka ini lebih dahulu mempraktikan rumah pokok dengan cara yang lebih serius. Seperti gambar diatas, sesetengah orang tempatan yang tinggal di Brazza Lembangan Sungai di wilayah Papua Indonesia secara pelahan-lahan telah berpindah kerumah pokok yang mempunyai ketinggian lebih dari 100 kaki.

05. Styx Valley Tree House

Rumah pokok ini pula dihasilkan untuk menyelamatkan pokok-pokok yang berusia lebih dari 400 tahun. Rumah ini dibina secara berhubung antara satu pokok dengan pokok yang lain dengan tujuan untuk memudahkan pihak pengkaji membuat kajian terhadap pokok yang berusia dan mempunyai ketinggian yang tertinggi. Rumah pokok ini adalah jenis rumah yang tertinggi di dunia buat masa ini.

P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI.
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Thursday, March 21, 2013

Luar Negara : Rumah Bergerak Termahal Di Dunia

Di Malaysia mungkin susah nak jumpa rumah yang boleh bergerak nie...
Paling banyak pun orang guna untuk berniaga.. 

Untuk kali nie saya nak share rumah yang boleh bergerak dan juga paling mahal didunia....


Rumah bergerak ini mempunyai kelengkapan sepertimana rumah bertingkat seperti bilik tidur, bilik mandi, balkoni dan kemudahan utama yang lain. Selain itu ianya dilengkapi dengan televisyen yang berukuran 40-inci yang nyata cukup mewah. Rumah mudah alih atau bergerak ini telah dihasilkan oleh syarikat yang diberi nama "Mrshy Mobile".



Jika anda perhatikan gambar diatas ini tidak hairanlah harganya boleh mencecah kira-kira tiga juta dolar dan kini direkodkan sebagai rumah bergerak paling mahal di dunia..


P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI.
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Sunday, March 10, 2013

Luar Negara : Rumah Paling Kecil Di Dunia

Salam bertemu lagi.....
Untuk posting kali ni saya nak share rumah yang paling kecil di dunia dan mungkin juga rumah yang paling murah di dunia...

Setiap orang pasti mengidamkan untuk memiliki rumah sendiri.... Tidak kira berapa besar atau kecil sesebuah rumah itu, apa yang paling penting rumah tersebut dapat memberikan keselesaan dan sebagai tempat berlindung sudah memadai.

Akan tertapi, harga rumah semakin hari semakin naik..... Harganya tidak lagi sama seperti dulu...  

Seperti Hartanah Lelong juga, terdapat perubahan yang sangat besar... Harga hartanah lelong kini boleh jadi lebih mahal dari pembelian hartanah biasa..... Nanti saya akan kongsikan buktinya di hari yang lain...

Sepertimana yang kita tahu, kenaikan harga rumah yang semakin tak menentu telah membantutkan hasrat sesetengah orang untuk memiliki rumah sendiri... Namun, dengan kreativiti yang dimiliki oleh individu dari luar negara telah mencipta rumah sendiri dengan keluasan 1 m2 (Meter Persegi) sahaja...

Rasanya jika harga hartanah semakin meningkat dengan mendadak, mungkin pada masa akan datang orang terpaksa bina rumah sendiri yang boleh dibawa kemana saja macam gambar-gambar kat bawah ni...






P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI.
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Tuesday, February 26, 2013

Luar Negara : Rumah Paling Mahal Didunia



Salam ceria untuk pelawat blog ini...

Rasanya dah lama saya tak update blog ni... Untuk itu saya nak kongsi satu cerita untuk anda. Mungkin ada yang dah tahu... ianya berkenaan rumah yang paling mahal didunia yang dikenali sebagai Antilia... 

Menurut satu majalah luar negara iaitu Forbes, ada seorang lelaki terkaya di India dan isterinya telah membina sebuah rumah yang dipercayai adalah rumah yang paling mahal di dunia. Majalah itu telah membongkar serba sedikit apa keunikan dan kelebihan yang ada pada rumah tersebut.

Majalah tersebut mendedahkan bahawa bangunan tersebut mempunyai 27 tingkat. Akan tertapi, ketinggian lantai ke siling untuk setiap tingkat adalah dua kali ganda atau tiga kali ganda ketinggian biasa. Ianya menjadikan bangunan ini sebenarnya mempunyai ketinggian seperti bangunan 40-tingkat.


Rumah yang terletak di Mumbai ini mempunyai 400,000 kaki persegi dan memiliki tempat makan yang indah, perpustakaan yang luas dan juga bilik salji.

Rumah ini dimiliki sepenuhnya oleh Mukesh Ambani dan isterinya Nita Ambani yang merupakan antara orang yang terkaya di India. Mereka menyatakan rumah tersebut adalah sebuah rumah moden dengan hati india dan hanya ada satu di dunia. 


Nita Ambani menjelaskan bahawa reka bentuk adalah berdasarkan tema teratai dan matahari, dihiasi dengan menggunakan marmar, ibu-of-mutiara, kristal dan hutan jarang.

Disini saya sertakan beberapa gambar dalaman rumah. Terdapat banyak bilik yang menyerupai lobi hotel lima bintang. Menurut majalah tersebut, rumah ini juga mempunyai sebuah dewan, sebuah spa, bilik teater, taman, ruang untuk tetamu dan juga bilik sembahyang Hindu.



Laporan juga menyatakan bahawa Antilia adalah rumah yang bernilai lebih daripada $ 1 bilion. Menurut Majalah Forbes juga, Mukesh Ambani mempunyai harta bernilai $ 22,000,000,000. 



P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Dapatkan Update Terkini :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

P/S: sila semak email anda (inbox/bulk/spam) untuk mengaktifkan perkhidmatan ini. Terima Kasih.
note: You will receive a verification message once you submit this form. FeedBurner will activates your subscription to "Rumah Murah" once you respond to this verification message. Thank You.
Commercial Real Estate Cash Flow Funding System
How To Buy Commercial Real Estate With No Cash Or Credit. Learn The Secrets Insiders Never Share. Create A Cash Flow Of $25,000+ Within 90

PERHATIAN :

Anda tidak dibenarkan mengeluar-ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain media sebelum mendapat izin daripada saya terlebih dahulu.

Namun bergitu, anda dibenarkan untuk berkongsi apa sahaja artikel, ilustrasi dan isi kandungan blog ini dengan SYARAT meletakkan sumber link seperti contoh dibawah :
Sumber dari
: www.mdauction2u.com

Saya juga ingin mengingatkan, segala strategi yang digariskan dalam blog ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan untuk memberikan sesuatu keputusan. Saya secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atas risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa juga kandungan daripada blog ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More