Muat Turun 1,000 Hartanah Lelong Ini Sekarang:

PENTING!! Sila buat pengesahan email anda, periksa peti inbox email anda, jika tiada periksa peti spam.
Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

Beli Rumah Lelong Tak Payah Masuk Lelong?

Selama saya dalam bidang hartanah lelong, dah bermacam-macam pangilan yang saya terima. Setiap pangilan ini memberikan soalan-soalan yang sama atau hampir serupa. Kadang kala saya pernah menerima soalan yang tak logik atau tidak ada kaitan lansung dengan hartanah lelong. Kat sini saya tak nak tulis soalan yang tak berkaitan, saya akan mengulas soalan sepertimana tajuk utama.

Cuba anda teka, biasanya siapa yang akan berikan soalan seperti diatas?. Saya pasti anda tahu, ianya adalah dari golongan Bumiputra. Disebabkan itu, saya ingin memberikan padangan sendiri terhadap persoalan yang diberikan.

Sebelum saya teruskan, saya nak minta maaf awal-awal jika pandangan kali ini boleh menyinggung perasaan anda. Artikel ini ditulis bukan untuk merendahkan orang Bumiputra. Saya harap anda dapat mengambil padangan saya dari sudut yang positif.

Soalan diatas sebenarnya saya pernah letak di bahagian soalan dan jawapan. Soalan tersebut sama tetapi saya menjawabnya secara ringkas agar mudah difahami. Untuk kali ini saya akan ulas lebih sikit.

Soalan tak payah masuk lelong ini biasanya datang dari mereka-mereka yang pernah pergi lelong tapi tak berjaya atau mungkin dengar dari orang lain yang mengatakan boleh beli tanpa masuk lelong. Alasan yang diberi biasanya disebabkan leceh nak buat bank draft dan nak tukar semula jika tak berjaya. Ada juga alasan yang berkata lelong ni menyusahkan dan membuang masa, ini kerana ada diantara mereka yang terpaksa ambil cuti semata-mata untuk masuk lelong. Terdapat pelbagai alasan yang diberi apabila adanya impian untuk dapat rumah lelong tanpa melalui lelong.

Ok… untuk mengulas soalan ini, saya sebenarnya berasa hairan dan pelik mengapa mesti orang kita berikan soalan dan alasan seperti ini. Buat masa ini saya belum pernah dengar bangsa lain dapat beli rumah lelong tanpa melalui lelong. Jika adapun dari orang yang mengatakan dia dengar dari orang lain.

Bila memikirkan perkara ini, saya mengandaikan bahawa orang kita suka mendapatkan sesuatu atau mungkin telah dididik untuk mendapatkan sesuatu dengan cara mudah. Melalui pengalaman selama menceburi bidang ini, saya dapati bangsa ##n# yang menguasai ekonomi dan hidup mewah di Malaysia bukannya terjadi dengan tiba-tiba. Saya perhatikan mereka rajin bekerja dan berusaha untuk mendapatkanya. 


Oleh itu, Apakah usaha dan tindakan anda sekarang untuk mendapatkan apa yang anda inginkan?. Kita berimpian untuk jadi Kaya dan Berjaya, tapi apa yang kita lakukan untuk mengapai impian tersebut. Inilah yang saya rasa punca utama mengapa mesti ada soalan seperti di atas. 

Setiap kali adanya acara lelong, saya sentiasa berhubung dan bertemu dengan bangsa ##n#. Dari situ saya dapat lihat mereka pasti akan membawa sekurang-kurangnya seorang pembeli untuk membeli hartanah yang akan dilelong. Apa yang saya tahu mereka ini tidak pernah membuat kerja seperti mana persoalan diatas. Jika nak dikaji mengikut sejarah, mereka sebenarnya lebih dahulu dan lebih lama menjadi ejen hartanah lelong berbanding saya.

Jadi kesimpulan yang boleh saya buat adalah, mengapa kita perlu ada soalan seperti diatas dan alasan seperti yang saya terangkan sebelum ini. Sedangkan saya sendiri pernah bertanya kepada seorang ejen #### yang dah 20 tahun dalam bidang ini.

 “Boleh tak beli rumah lelong tak payah masuk lelong?” 

Jawapan yang diberi oleh beliau : 

“Do the legal and do not do non legal” (Lakukan mengikut undang-undang dan bukan sebaliknya)

Jawapan yang diberi cukup ringkas, tapi ianya cukup tepat jika ingin menjawab pertanyaan seperti diatas. Oleh sebab itu, mengapa kita tidak mahu ikut undang-undang jika undang-undang dah tetapkan bergitu. Jika hartanah telah di istiharkan oleh mahkamah atau bank untuk dilelong bagaimana kita boleh beli tanpa masuk lelong, bukankah kita telah melangar undang-undang jika kita berbuat demikian.

Tapi disini saya ingin berkongsi dengan anda yang masih berminat nak beli rumah lelong tanpa masuk lelong. Mungkin anda akan konfius bila saya katakan saya ada beberapa senarai hartanah yang boleh dijual tanpa masuk lelong.

Jika tadi saya cerita tak boleh beli rumah lelong tanpa masuk lelong. Tapi ini boleh pula?…..

Sebenarnya senarai ini adalah hartanah milik bank yang telah dibeli balik daripada pemilik rumah asal. Sebab apa saya katakan beli rumah lelong, ini kerana harga yang ditawarkan oleh bank adalah Reserve Price (Harga Rizab)

Tapi anda tak perlu lawan harga dan boleh terus dijual kepada anda tanpa masuk lelong. Tapi tertakluk kepada siapa cepat dia dapat atau “First Come First Serve”.

Jika anda berminat untuk dapatkannya sila Klik Sini atau pilihan negeri dibawah. 

Sila Pilih Hartanah Pilihan Anda Mengikut Negeri Dibawah :
Kuala Lumpur Selangor Johor Negeri Sembilan Pulau Pinang Lain-Lain Negeri

P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI

Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Tuesday, April 9, 2013

Dimana Tempat Lelong?

Salam Satu Malaysia....

Terima kasih kerana masih setia dengan blog ini... Untuk hari ini saya akan berkongsi dengan anda Dimana Tempat Lelongan

Mungkin ada yang tahu yang lelong ni akan diadakan di Mahkamah... Tahukah anda saya pernah berjumpa beberapa orang klien saya yang memberitahu bahawa lelongan ini hanya diadakan di hotel atau pejabat pelelong sahaja dan tidak pernah tahu pasal lelongan di mahkamah... 

Namun, ada juga yang tahu tentang lelongan mahkamah tapi tak tahu pula tentang lelongan di pejabat pelelong atau hotel.... Apa yang pasti, kita hanya mengetahuinya apabila diberitahu atau mendapat tahu dari orang lain.

Sebenarnya setiap orang adalah sama. Sama juga seperti saya, saya pada mulanya tidak pernah tahu lansung apa itu lelong dan bukan sahaja tidak tahu tempat dan lokasi diadakan lelongan ini.

Serba sedikit tentang permulaan saya. Saya mengenali Kerjaya lelongan ini pada pertengahan tahun 2010. Pada masa tu saya tengah buat kerja Part Time merangkap Full Time iaitu Banci Penduduk 2010. 

Segalanya bermula masa tengah buat banci, apabila saya bertemu dengan seorang kenalan baru, dan dari kenalan baru itu telah menemukan saya dengan sahabatnya yang menjadi titik tolak kepada permula saya mengenali hartanah lelong. 

"There is no Business Like The Auction Business."

Ini adalah ayat yang selalu disebut-sebutkan... atau dalam bahasa melayunya Tidak Ada Perniagaan Seperti Perniagaan Lelongan. Ayat yang cukup mudah tertapi memberikan makna yang cukup mendalam.

Sebenarnya susah juga saya nak terangkan dengan lebih jelas. Apa yang boleh saya kongsikan, hartanah lelong adalah sesuatu yang unik dan lain dari yang lain. Bagi saya, tidak ada perniagaan yang lebih hebat daripada pernigaan ini. Bagi saya la....

Mengapa saya berkata bergitu? Sebab dari bidang hartanah lelong membawa satu berubahan yang cukup besar bagi saya. Berubahan yang bukan sahaja dari dalaman tertapi juga dari luaran. Sesiapa yang pernah mengenali saya lebih awal mungkin lebih tahu.

Saya sebenarnya tak mahu cerita tentang diri saya.... Disini saya nak sharekan dimana tempat diadakan lelong.... Rasa macam lari tajuk pulak...

Dibawah ni saya kongsikan beberapa gambar suasana lelong yang pernah saya ambil masa lelong... 

Lelongan Di Hotel
Lelongan Di Pejabat Pelelong
Lelongan Di Pejabat Pelelong
Lelongan Di Hotel
Lelongan Di Dewan Seminar
Lelongan Di Luar Mahkamah
Lelongan Di Ruang Pameran
Sorry kalau gambar semua dari belakang.... Mana la tahu kalau-kalau lentak gambar yang nampak muka tak pasal-pasal ada orang marah pulak...

Jika anda lihat, lelong bukan hanya dibuat di satu tempat saja. Ada yang dibuat di mahkamah, hotel, pejabat, dewan, dan lain-lain. Kepelbagaian tempat ini bergantung kepada jenis lelongan, siapa yang melelong, dan sebab dilelong. 

Sebenarnya masih banyak lagi tempat lelongan, lebih-lebih lagi dalam bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai lebih dari 100 Pelelong sama ada dari individu secara persendirian atau dari syarikat yang berdaftar.

Ok...Sekian Perkongsian saya untuk hari ni....

Op.. lupa nak kongsi Senarai Hartanah Lelong Terkini Malaysia Percuma.... rasanya anda mungkin dah tahu, tapi kalau anda belum tahu boleh Klik Gambar di bawah atau Klik Sini :

 

P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI.


Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Tuesday, March 26, 2013

Rumah Lelong dah Mahal

Salam maju jaya untuk semua....

Untuk hari yang mulia ini saya nak kongsikan dengan anda satu pengalaman lelong dengan anda...
Mungkin ada diantara anda yang membaca posting saya ini pernah pergi ke lelongan atau mungkin anda sendiri pernah membeli hartanah lelong... Taniah saya ucapkan jika anda telah berjaya mendapatkan rumah idaman anda melalui lelongan awam...

Sepertimana tajuk diatas, saya ingin berkongsi dengan anda tentang hartanah atau rumah lelong yang jadi semakin mahal... betul ke? mungkin ada yang tak percaya.... mungkin ada yang memberi jawapan... 

Bukan ke rumah lelong ni lebih murah dari biasa?..Memang betul.

Tapi ingin saya ingatkan.... Dalam hartanah lelong, setiap hartanah akan dijual dengan harga tertinggi mengikut kepada tawaran yang dibuat oleh para Pembida (pembeli) yang ingin membeli rumah yang sama. Secara tak lansung, setiap pembida akan menaikkan harga untuk memastikan rumah tersebut berjaya dibeli oleh mereka.. Apa yang pasti hanya akan ada seorang pembeli yang berjaya dan mendapatkan rumah tersebut..

Sebelum saya teruskan saya ingin beritahu anda, sebenarnya saya ada beberapa video, gambar suasana lelong, aktiviti, dan gambar-gambar lain berkaitan dengan hartanah lelong ini. Mungkin masa sebelum ini tidak mengizinkan untuk saya sharekan kat sini..... 

Oleh itu, kalau nak tengok gambar-gambar dan laluan perjalan saya dalam bidang dan kerjaya ini jangan lupa untuk selalu melawati blog saya ini.... Saya amat bersyukur kepada yang Maha Esa sebab menemukan saya kerjaya ini dan terus kekal dalam industri ini. Tak lupa juga, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda sebab memberikan sokongan dan maklumbalas kepada saya untuk terus kekal sebagai Perunding dan Penasihat Hartanah Lelong. Tanpa anda mungkin saya tidak akan kekal sehingga ke hari ini.

Opp... rasa macam lari tajuk la pula.... Ok... untuk Tajuk kat atas anda mungkin boleh lihat video yang saya sediakan kat bawah ni. Untuk makluman anda, video dibawah ini adalah sesi lelongan yang diadakan oleh CIMB pada 11/02/2012 (Sabtu).. Bilangan Pembida untuk rumah ini ada lebih kurang 20 orang... Percaya atau tidak kalau saya katakan Harga Reserve rumah ini adalah RM180,000.00 namun telah dijual dengan harga......


(Note : Tahukah anda, Video ini saya ambil pada kali pertama ianya dilelong. Untuk pengetahuan anda, Rumah ini telah dilelong semula selepas 3 bulan disebabkan pembeli tidak dapat menyelesaikan baki bayaran. Akibatnya duit deposit pembeli yang berjaya telah dirampas oleh pihak bank.)

Cuba anda kira berapa deposit untuk rumah ini kalau 5% dari harga yang berjaya beli.


P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI.
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Wednesday, January 9, 2013

Persediaan Sebelum Membeli Hartanah / Rumah Lelong

Salam sejahtera untuk semua...

Alhamdulillah..... segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam...
Saya serta anda yang sedang membaca pasti bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk berada ditahun yang baru dengan semangat yang baru berserta azam yang baru...

Mungkin dulu saya pernah beritahu. Saya akan berkongsikan info, tip, panduan, pengalaman, dan apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Hartanah atau Rumah Lelong di blog ini. Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan ilmu dan maklumat yang berguna untuk anda.

Untuk Artikel pertama ini saya akan berkongsi dengan anda tentang persediaan sebelum membeli hartanah.



Ok... Sebelum anda ingin membeli Hartanah atau Rumah Lelong, perkara paling utama yang perlu dan wajib anda tahu adalah Ilmu. Dengan adanya ilmu, anda dapat mengetahui selok-belok yang terdapat dalam hartanah lelong dan seterusnya dapat meminimakan segala risiko.

Anda seharusnya telah mengetahui apa yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas dari lelong. Sekiranya tersilap memilih dan membeli hartanah, ianya boleh menyebabkan anda mengalami kerugian atau ditipu.

Adakah anda benar-benar telah Bersedia?.
Selain ilmu, persediaan kewangan merupakan modal awal yang perlu anda ada sebelum ingin membeli hartanah. Tidak kiralah hartanah itu anda ingin beli melalui pembelian secara biasa atau secara lelongan awam.

Persediaan kewangan adalah satu perancangan penting kerana hartanah memerlukan modal yang besar untuk dilaburkan. Terutamanya anda perlu menyediakan deposit untuk membeli hartanah yang diminati. Sekiranya tersilap langkah, anda mungkin mengalami kerugian atau kehilangan deposit.

Sekiranya anda telah membayar deposit, wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pinjaman perumahan tidak mendapat kelulusan bank. Perkara ini biasanya terjadi bagi mereka-mereka yang membeli hartanah tanpa memeriksa terlebih dahulu tahap kewangannya. Apabila ingin membuat pinjaman dengan pihak bank barulah mereka tahu bahawa dirinya ada Criss/Ctos/Black List atau High Commitment.

Berdasarkan pengalaman, saya telah melihat ramai orang yang menghadapi masalah ini. Bahkan klien saya sendiri walaupun dah dipesan tapi tetap berlaku. Jika saya berjumpa Klien, kebiasaan saya akan bertanya;

“Tuan/Puan ada masalah pinjaman tak?”

Jawapan diberi;

“Takpe, takde masalah, kereta dah habis bayar. Personal loan ada lagi 2 tahun nak habis. Kalau nak buat pinjaman boleh lagi.”

Jika dilihat kepada slip gaji, memang apa yang beliau cakapkan memang betul. Potongan gajinya ok. Baki yang tinggal masih boleh untuk membuat pinjaman perumahan. Tapi yang pasti, saya bukanlah banker untuk memberikan jawapan yang tepat tehadap status kelayakan pinjaman.

Dipendekkan cerita, Selepas dia berjaya membeli hartanah lelong dan ingin membuat pemohonan pinjaman. Bank dapati beliau ada masalah bayaran bulanan untuk pinjaman-pinjaman yang lepas. Oleh itu, bank telah memberitahunya bahawa beliau ada criss. Sekiranya terdapat criss, pinjaman perumahannya sukar untuk mendapatkan kelulusan. Akibatnya, wang deposit beliau dirampas oleh bank.

Perkara pertama ini saya sangat tekankan kepada para pembeli untuk semak terlebih dahulu sebelum ingin membeli hartanah. Saya tidak mahu kesilapan mereka-mereka sebelum ini terjadi kepada anda yang mungkin pertama kali ingin membeli Hartanah.
p/s : Saya bukan bank dan tiada hak untuk mengambil tahu tahap kewangan anda. Ianya adalah privasi anda. Anda sendiri sepatutnya mengambil tahu dan bertanya dengan pihak bank terhadap status pinjaman anda.


p/s/s : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

p/s/s/s : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Dapatkan Update Terkini :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

P/S: sila semak email anda (inbox/bulk/spam) untuk mengaktifkan perkhidmatan ini. Terima Kasih.
note: You will receive a verification message once you submit this form. FeedBurner will activates your subscription to "Rumah Murah" once you respond to this verification message. Thank You.
Commercial Real Estate Cash Flow Funding System
How To Buy Commercial Real Estate With No Cash Or Credit. Learn The Secrets Insiders Never Share. Create A Cash Flow Of $25,000+ Within 90

PERHATIAN :

Anda tidak dibenarkan mengeluar-ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain media sebelum mendapat izin daripada saya terlebih dahulu.

Namun bergitu, anda dibenarkan untuk berkongsi apa sahaja artikel, ilustrasi dan isi kandungan blog ini dengan SYARAT meletakkan sumber link seperti contoh dibawah :
Sumber dari
: www.mdauction2u.com

Saya juga ingin mengingatkan, segala strategi yang digariskan dalam blog ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan untuk memberikan sesuatu keputusan. Saya secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atas risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa juga kandungan daripada blog ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More