Muat Turun 1,000 Hartanah Lelong Ini Sekarang:

PENTING!! Sila buat pengesahan email anda, periksa peti inbox email anda, jika tiada periksa peti spam.
Showing posts with label Artikel Lelong. Show all posts
Showing posts with label Artikel Lelong. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

TAWARAN ISTIMEWA : Senarai Terkini Hartanah Lelong

Salam sejahtera sahabat-sahabat dan anda yang sedang membaca post ini...

Minta Maaf sebab dah lama tak update blog ni. Untuk pengetahuan anda, saya ada menyediakan ruangan muat turun senarai terkini hartanah lelong secara percuma seperti diatas. Disitu anda hanya perlu masukan nama dan alamat email dan saya akan hantarkan senarai tersebut terus ke alamat email anda. Dan anda juga akan dapat perkongsian dan Tip-tip hartanah lelong dari saya secara Percuma.

Diatas sokongan dan maklumbalas yang telah diberikan oleh anda juga, saya akan meluangkan masa untuk mengumpulkan dan memberikan senarai ini untuk anda secara percuma sahaja. Ianya 100% PERCUMA. Bahkan anda boleh muat turun senarai-senarai terkini tersebut dihari yang lain apabila saya mengemaskininya.

Daftar segera secara PERCUMA disini : http://zonlelong.com

Untuk makluman anda, hampir setiap hari pasti akan ada sesi lelongan kecuali hari cuti am dan cuti umum. Boleh dikatakan lebih 100 hartanah yang akan dilelong setiap hari atau lebih dari 3000 hartanah yang akan dilelong seluruh Malaysia setiap bulan.

Dikesempatan ini saya memohon maaf, sebab tak sempat untuk memaklumkan kawasan yang anda ingin cari mengikut kepada kreteria yang bersesuai dengan permintaan anda. Saya juga rasa serba salah sebab ada beberapa hartanah yang anda minati terlewat untuk saya maklumkan.

Disebabkan kesibukan yang tidak menentu, lebih-lebih lagi tempoh setiap hartanah yang akan dilelong amat singkat menyukarkan saya memaklumkan kepada anda mengikut masa yang sepatutnya.

Oleh itu, melalui post ini saya ingin memberikan tawaran senarai hartanah lelong ini seperti diatas untuk anda muat turunnya secara percuma dan anda boleh pilih dan membuat carian hartanah yang anda minati mengikut kesuaian masa anda.
Dikesempatan ini juga, saya ingin berkongsi satu lagi tawaran istimewa khusus untuk mereka-mereka yang serius ingin mendapatkan atau membuat pembelian hartanah melalui lelongan. Khusus juga untuk sesiapa sahaja yang ingin mengenali hartanah lelong dengan lebih dekat dan ingin mengelakkan risiko-risiko dalam hartanah lelong yang mana kesilapannya boleh merugikan ribuan ringgit atau mungkin puluhan ribu ringgit.

TAWARAN ISTIMEWA SEBELUM : 15/06/2013

Sekiranya anda benar-benar serius ingin membeli hartanah secara lelongan, maka anda boleh mengambil peluang untuk daftar sebagai Ahli-VIP Zon Lelong. Sebagai Ahli-VIP, anda akan dapat kelebihan seperti dibawah : 

ZON AHLI-VIP
Muat Turun Senarai Terkini (Ahli-Vip)
(Muat turun senarai dengan paparan vip yang akan dikemaskini hampir setiap hari dan dapatkan lain-lain senarai terkini yang masih belum diketahui umum atau jadi antara orang yang terawal mengetahuinya)


INFO TERKINI LELONG
(Anda akan dimaklumkan segala info dan perubahan semasa tentang hartanah lelong sama ada dari segi udang-undang, syarat atau lain-lain perkara yang amat penting)

LOKASI HARTANAH LELONG PANAS
(Saya dan Ahli-VIP yang lain boleh berkongsi dengan anda lokasi-lokasi hartanah lelong panas dan paling diminati pada masa kini untuk makluman khasnya untuk para pelabur dalam hartanah lelong)

SOALAN & JAWAPAN HARTANAH LELONG
(Saya dan Ahli-VIP yang lain boleh berkongsi dengan anda apa-apa soalan dan jawapan tentang hartanah dan lelong yang dapat menyelesaikan segala kemuskilan yang mungkin menjadi pertanyaan anda)

10 Kelebihan Utama Paparan AHLI-VIP :

  1. Pendaftaran Pertama kali membolehkan anda Mendapatkan Senarai Rahsia bernilai lebih RM100.00.
  2. Senarai rahsia ini akan mendedahkan maklumat-maklumat penting yang dirahsiakan.
  3. Info dan Makluman Terkini Hartanah Lelong.
  4. Ilmu dan Perkongsian Hartanah yang sangat berharga.
  5. Berpeluang mendalami Ilmu hartanah dengan lebih mudah.
  6. Info Syarat dan Terma Terkini Hartanah Lelong yang wajib anda tahu.
  7. Lokasi hartanah Terhargat masa kini.
  8. Lokasi hartanah yang dapat memberikan Pulangan Pelaburan Yang menguntungkan.
  9. Info Bank dan Guaman di Malaysia.
  10. Perbincangan Masalah dan Penyelesaian dalam Industri Hartanah Lelong.

### DAN LAIN-LAIN KELEBIHAN LAGI...............

DAPATKAN JUGA 3 BONUS E-BOOK SECARA PERCUMA



Bonus 1 : 20 Syarat Rahsia Dalam Hartanah Lelong

Bonus 2 : 5 Perkara Patut Tahu Tentang Hartanah

Bonus 3 : Tip dan Panduan Sebelum, Semasa dan Selepas Lelong 

Untuk ketahuinya dengan lebih lanjut sila Klik dibawah :

 

  
P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Saturday, April 27, 2013

Beli Rumah Lelong Tak Payah Masuk Lelong?

Selama saya dalam bidang hartanah lelong, dah bermacam-macam pangilan yang saya terima. Setiap pangilan ini memberikan soalan-soalan yang sama atau hampir serupa. Kadang kala saya pernah menerima soalan yang tak logik atau tidak ada kaitan lansung dengan hartanah lelong. Kat sini saya tak nak tulis soalan yang tak berkaitan, saya akan mengulas soalan sepertimana tajuk utama.

Cuba anda teka, biasanya siapa yang akan berikan soalan seperti diatas?. Saya pasti anda tahu, ianya adalah dari golongan Bumiputra. Disebabkan itu, saya ingin memberikan padangan sendiri terhadap persoalan yang diberikan.

Sebelum saya teruskan, saya nak minta maaf awal-awal jika pandangan kali ini boleh menyinggung perasaan anda. Artikel ini ditulis bukan untuk merendahkan orang Bumiputra. Saya harap anda dapat mengambil padangan saya dari sudut yang positif.

Soalan diatas sebenarnya saya pernah letak di bahagian soalan dan jawapan. Soalan tersebut sama tetapi saya menjawabnya secara ringkas agar mudah difahami. Untuk kali ini saya akan ulas lebih sikit.

Soalan tak payah masuk lelong ini biasanya datang dari mereka-mereka yang pernah pergi lelong tapi tak berjaya atau mungkin dengar dari orang lain yang mengatakan boleh beli tanpa masuk lelong. Alasan yang diberi biasanya disebabkan leceh nak buat bank draft dan nak tukar semula jika tak berjaya. Ada juga alasan yang berkata lelong ni menyusahkan dan membuang masa, ini kerana ada diantara mereka yang terpaksa ambil cuti semata-mata untuk masuk lelong. Terdapat pelbagai alasan yang diberi apabila adanya impian untuk dapat rumah lelong tanpa melalui lelong.

Ok… untuk mengulas soalan ini, saya sebenarnya berasa hairan dan pelik mengapa mesti orang kita berikan soalan dan alasan seperti ini. Buat masa ini saya belum pernah dengar bangsa lain dapat beli rumah lelong tanpa melalui lelong. Jika adapun dari orang yang mengatakan dia dengar dari orang lain.

Bila memikirkan perkara ini, saya mengandaikan bahawa orang kita suka mendapatkan sesuatu atau mungkin telah dididik untuk mendapatkan sesuatu dengan cara mudah. Melalui pengalaman selama menceburi bidang ini, saya dapati bangsa ##n# yang menguasai ekonomi dan hidup mewah di Malaysia bukannya terjadi dengan tiba-tiba. Saya perhatikan mereka rajin bekerja dan berusaha untuk mendapatkanya. 


Oleh itu, Apakah usaha dan tindakan anda sekarang untuk mendapatkan apa yang anda inginkan?. Kita berimpian untuk jadi Kaya dan Berjaya, tapi apa yang kita lakukan untuk mengapai impian tersebut. Inilah yang saya rasa punca utama mengapa mesti ada soalan seperti di atas. 

Setiap kali adanya acara lelong, saya sentiasa berhubung dan bertemu dengan bangsa ##n#. Dari situ saya dapat lihat mereka pasti akan membawa sekurang-kurangnya seorang pembeli untuk membeli hartanah yang akan dilelong. Apa yang saya tahu mereka ini tidak pernah membuat kerja seperti mana persoalan diatas. Jika nak dikaji mengikut sejarah, mereka sebenarnya lebih dahulu dan lebih lama menjadi ejen hartanah lelong berbanding saya.

Jadi kesimpulan yang boleh saya buat adalah, mengapa kita perlu ada soalan seperti diatas dan alasan seperti yang saya terangkan sebelum ini. Sedangkan saya sendiri pernah bertanya kepada seorang ejen #### yang dah 20 tahun dalam bidang ini.

 “Boleh tak beli rumah lelong tak payah masuk lelong?” 

Jawapan yang diberi oleh beliau : 

“Do the legal and do not do non legal” (Lakukan mengikut undang-undang dan bukan sebaliknya)

Jawapan yang diberi cukup ringkas, tapi ianya cukup tepat jika ingin menjawab pertanyaan seperti diatas. Oleh sebab itu, mengapa kita tidak mahu ikut undang-undang jika undang-undang dah tetapkan bergitu. Jika hartanah telah di istiharkan oleh mahkamah atau bank untuk dilelong bagaimana kita boleh beli tanpa masuk lelong, bukankah kita telah melangar undang-undang jika kita berbuat demikian.

Tapi disini saya ingin berkongsi dengan anda yang masih berminat nak beli rumah lelong tanpa masuk lelong. Mungkin anda akan konfius bila saya katakan saya ada beberapa senarai hartanah yang boleh dijual tanpa masuk lelong.

Jika tadi saya cerita tak boleh beli rumah lelong tanpa masuk lelong. Tapi ini boleh pula?…..

Sebenarnya senarai ini adalah hartanah milik bank yang telah dibeli balik daripada pemilik rumah asal. Sebab apa saya katakan beli rumah lelong, ini kerana harga yang ditawarkan oleh bank adalah Reserve Price (Harga Rizab)

Tapi anda tak perlu lawan harga dan boleh terus dijual kepada anda tanpa masuk lelong. Tapi tertakluk kepada siapa cepat dia dapat atau “First Come First Serve”.

Jika anda berminat untuk dapatkannya sila Klik Sini atau pilihan negeri dibawah. 

Sila Pilih Hartanah Pilihan Anda Mengikut Negeri Dibawah :
Kuala Lumpur Selangor Johor Negeri Sembilan Pulau Pinang Lain-Lain Negeri

P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI

Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Thursday, April 18, 2013

Berita Lelong : Tuntutan Si Pembeli Rumah

Salam Ceria dan salam maju jaya...
Untuk hari ini saya ingin berkongsi satu berita yang pernah disiarkan dalam satu akhbar utama di Malaysia. Berita ini ada menceritakan tentang tuntutan pembeli rumah yang terpaksa menjelaskan jumlah bayaran melebihi dari harga belian.

Ini terjadi kerana pembeli telah membuat pinjaman mengunakan pinjaman bank Islam. Untuk mengetahui keputusan kehakiman ini sila baca berita dibawah;


KUALA LUMPUR 29 Dis – Dalam satu penghakiman bersejarah hari ini, Mahkamah Tinggi di sini mengurangkan sebanyak RM376,000 jumlah yang perlu dibayar seorang pembeli rumah kepada sebuah bank setelah beliau gagal membuat pembayaran terhadap satu pinjaman yang dibuatnya di bawah kemudahan kewangan Islam. 

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dari Bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi memerintahkan rumah itu dilelong mengikut Kanun Tanah Negara untuk mendapatkan balik sebanyak RM582,000 dan bukannya hampir RM959,000 seperti yang diminta oleh bank berkenaan. 

Affin Bank Berhad telah menyaman Zulkifli Abdullah, seorang bekas kakitangan bank itu kerana gagal membuat pembayaran pinjaman di bawah kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil yang diberikan bank berkenaan pada Disember 1997 untuk sebuah rumah tepi, dua tingkat berangkai. 

Al-Bai Bithaman Ajil merupakan prinsipal Syariah yang melibatkan pembelian hartanah dan penjualan serta pembayaran harga jualan yang termasuk margin keuntungan terhadap tempoh bayaran tertunda. 

Zulkifli, yang meninggalkan bank itu pada bulan yang sama beliau membuat pinjaman rumah itu, diberikan kemudahan pinjaman sebanyak RM346,000 yang disebut Harga Pembelian Bank, tetapi pada hari yang sama, bank itu menjual hartanah berkenaan kepada beliau dan beliau perlu membayar balik pinjaman selama tempoh 18 tahun dengan 216 bayaran ansuran bulanan. 

Bagaimanapun beliau tertunda dalam pembayarannya sebanyak dua kali selepas melunaskan beberapa pembayaran berjumlah RM33,454 hingga Jun 2001. 

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Wahab berkata isu yang dihadapkan ke mahkamah ialah jumlah seorang pelanggan itu perlu bayar kepada penyedia kemudahan itu jika berlaku bayaran tertunda selepas membuat bayaran ansuran. 

“Dalam erti kata mudah, kesusahan defendan ialah selama dua tahun lapan bulan selepas ia diberikan, kemudahan itu menjadi tuntutan hutang sebanyak RM958,909.21. 

“Walaupun nilai pasaran keselamatan di bawah tuduhan itu dikatakan RM400,000 dan harga itu didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang sebanyak RM558,909.21. 

 “Berbeza dengan pinjaman konvensional, peminjam yang gagal membuat bayaran hanya diperlukan membayar balik jumlah pinjaman dicampur dengan faedah berakru dan bayaran lain termasuk denda bayaran lewat. Berdasarkan tanggapan yang serupa pelupusan hartanah pada nilai pasaran, biasanya tidak banyak yang boleh ditambah oleh peminjam bagi melepaskan dirinya daripada liabiliti lain.” katanya. 

 Beliau berkata sebab perbezaan itu ialah apabila berlaku peminjam tidak membayar balik sebelum tamat tempoh pemegangan, jumlah yang peminjam dalam pinjaman konvensional perlu bayar atas jumlah yang dipinjam _ faedah dan faedah bayaran lewat _ adalah terhad kepada tempoh daripada pengeluaran pinjaman hingga penyelesaian penuh dan bukannya bagi pemegangan penuh pinjaman asal. 

Hakim Abdul Wahab memberikan contoh dua kes terdahulu di Mahkamah Tinggi, satu melibatkan kemudahan pembiayaan Islam sebanyak RM265,000 dan satu lagi RM150,000, di mana defendan diperintahkan membayar bank harga jualan masing-masing RM583,000 dan RM217,500 apabila peminjam gagal membayar balik. 

Oleh itu, kemudahan sebanyak RM265,000 menjadi hutang sebanyak RM583,000 dan jika pun satu lelongan harga penuh RM265,000 didapatkan, defendan masih berhutang sebanyak RM318,000.

Dalam kes kedua, defendan diperintahkan membayar balik bank harga jualan sebanyak RM217,000 dan walaupun nilai pasaran rumah itu sebanyak RM150,000 dan harga yang didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang RM67,000. 

“Apabila kepuasan untuk memenuhi hasrat suci mengelak daripada pembiayaan itu mengandungi elemen Riba (faedah) menyebabkan kedukaan kepada yang mungkir sebelum berakhirnya tempoh pemegangan kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil. Pendedahan bahawa walaupun selepas sekuriti telah dilelong pada harga penuh pasaran masih terdapat jumlah besar yang terhutang dengan bank, adalah sesuatu yang mengejutkan,” kata hakim.

Beliau berkata ini lebih mengejutkan apabila disedari bahawa kedudukan seorang peminjam di bawah pinjaman yang mengandungi riba adalah jauh lebih baik. 

Hakim Abdul Wahab berkata kesan mungkir di bawah kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil terbukti lebih membebankan peminjam. Beliau memerintahkan lelongan rumah yang bayaran pinjamannya gagal dilunaskan Zulkifli diadakan pada 29 Mac tahun depan dan harga tempahan ditetapkan pada anggaran nilai pasaran.

Bank itu juga layak untuk memperoleh kembali sebanyak RM98.54 keuntungan sehari hingga penyelesaian penuh pinjaman itu. – Bernama 

p/s: Bank Islam kalah.

p/p/s : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

p/p/p/s : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Tuesday, April 9, 2013

Dimana Tempat Lelong?

Salam Satu Malaysia....

Terima kasih kerana masih setia dengan blog ini... Untuk hari ini saya akan berkongsi dengan anda Dimana Tempat Lelongan

Mungkin ada yang tahu yang lelong ni akan diadakan di Mahkamah... Tahukah anda saya pernah berjumpa beberapa orang klien saya yang memberitahu bahawa lelongan ini hanya diadakan di hotel atau pejabat pelelong sahaja dan tidak pernah tahu pasal lelongan di mahkamah... 

Namun, ada juga yang tahu tentang lelongan mahkamah tapi tak tahu pula tentang lelongan di pejabat pelelong atau hotel.... Apa yang pasti, kita hanya mengetahuinya apabila diberitahu atau mendapat tahu dari orang lain.

Sebenarnya setiap orang adalah sama. Sama juga seperti saya, saya pada mulanya tidak pernah tahu lansung apa itu lelong dan bukan sahaja tidak tahu tempat dan lokasi diadakan lelongan ini.

Serba sedikit tentang permulaan saya. Saya mengenali Kerjaya lelongan ini pada pertengahan tahun 2010. Pada masa tu saya tengah buat kerja Part Time merangkap Full Time iaitu Banci Penduduk 2010. 

Segalanya bermula masa tengah buat banci, apabila saya bertemu dengan seorang kenalan baru, dan dari kenalan baru itu telah menemukan saya dengan sahabatnya yang menjadi titik tolak kepada permula saya mengenali hartanah lelong. 

"There is no Business Like The Auction Business."

Ini adalah ayat yang selalu disebut-sebutkan... atau dalam bahasa melayunya Tidak Ada Perniagaan Seperti Perniagaan Lelongan. Ayat yang cukup mudah tertapi memberikan makna yang cukup mendalam.

Sebenarnya susah juga saya nak terangkan dengan lebih jelas. Apa yang boleh saya kongsikan, hartanah lelong adalah sesuatu yang unik dan lain dari yang lain. Bagi saya, tidak ada perniagaan yang lebih hebat daripada pernigaan ini. Bagi saya la....

Mengapa saya berkata bergitu? Sebab dari bidang hartanah lelong membawa satu berubahan yang cukup besar bagi saya. Berubahan yang bukan sahaja dari dalaman tertapi juga dari luaran. Sesiapa yang pernah mengenali saya lebih awal mungkin lebih tahu.

Saya sebenarnya tak mahu cerita tentang diri saya.... Disini saya nak sharekan dimana tempat diadakan lelong.... Rasa macam lari tajuk pulak...

Dibawah ni saya kongsikan beberapa gambar suasana lelong yang pernah saya ambil masa lelong... 

Lelongan Di Hotel
Lelongan Di Pejabat Pelelong
Lelongan Di Pejabat Pelelong
Lelongan Di Hotel
Lelongan Di Dewan Seminar
Lelongan Di Luar Mahkamah
Lelongan Di Ruang Pameran
Sorry kalau gambar semua dari belakang.... Mana la tahu kalau-kalau lentak gambar yang nampak muka tak pasal-pasal ada orang marah pulak...

Jika anda lihat, lelong bukan hanya dibuat di satu tempat saja. Ada yang dibuat di mahkamah, hotel, pejabat, dewan, dan lain-lain. Kepelbagaian tempat ini bergantung kepada jenis lelongan, siapa yang melelong, dan sebab dilelong. 

Sebenarnya masih banyak lagi tempat lelongan, lebih-lebih lagi dalam bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai lebih dari 100 Pelelong sama ada dari individu secara persendirian atau dari syarikat yang berdaftar.

Ok...Sekian Perkongsian saya untuk hari ni....

Op.. lupa nak kongsi Senarai Hartanah Lelong Terkini Malaysia Percuma.... rasanya anda mungkin dah tahu, tapi kalau anda belum tahu boleh Klik Gambar di bawah atau Klik Sini :

 

P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI.


Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Tuesday, March 26, 2013

Rumah Lelong dah Mahal

Salam maju jaya untuk semua....

Untuk hari yang mulia ini saya nak kongsikan dengan anda satu pengalaman lelong dengan anda...
Mungkin ada diantara anda yang membaca posting saya ini pernah pergi ke lelongan atau mungkin anda sendiri pernah membeli hartanah lelong... Taniah saya ucapkan jika anda telah berjaya mendapatkan rumah idaman anda melalui lelongan awam...

Sepertimana tajuk diatas, saya ingin berkongsi dengan anda tentang hartanah atau rumah lelong yang jadi semakin mahal... betul ke? mungkin ada yang tak percaya.... mungkin ada yang memberi jawapan... 

Bukan ke rumah lelong ni lebih murah dari biasa?..Memang betul.

Tapi ingin saya ingatkan.... Dalam hartanah lelong, setiap hartanah akan dijual dengan harga tertinggi mengikut kepada tawaran yang dibuat oleh para Pembida (pembeli) yang ingin membeli rumah yang sama. Secara tak lansung, setiap pembida akan menaikkan harga untuk memastikan rumah tersebut berjaya dibeli oleh mereka.. Apa yang pasti hanya akan ada seorang pembeli yang berjaya dan mendapatkan rumah tersebut..

Sebelum saya teruskan saya ingin beritahu anda, sebenarnya saya ada beberapa video, gambar suasana lelong, aktiviti, dan gambar-gambar lain berkaitan dengan hartanah lelong ini. Mungkin masa sebelum ini tidak mengizinkan untuk saya sharekan kat sini..... 

Oleh itu, kalau nak tengok gambar-gambar dan laluan perjalan saya dalam bidang dan kerjaya ini jangan lupa untuk selalu melawati blog saya ini.... Saya amat bersyukur kepada yang Maha Esa sebab menemukan saya kerjaya ini dan terus kekal dalam industri ini. Tak lupa juga, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda sebab memberikan sokongan dan maklumbalas kepada saya untuk terus kekal sebagai Perunding dan Penasihat Hartanah Lelong. Tanpa anda mungkin saya tidak akan kekal sehingga ke hari ini.

Opp... rasa macam lari tajuk la pula.... Ok... untuk Tajuk kat atas anda mungkin boleh lihat video yang saya sediakan kat bawah ni. Untuk makluman anda, video dibawah ini adalah sesi lelongan yang diadakan oleh CIMB pada 11/02/2012 (Sabtu).. Bilangan Pembida untuk rumah ini ada lebih kurang 20 orang... Percaya atau tidak kalau saya katakan Harga Reserve rumah ini adalah RM180,000.00 namun telah dijual dengan harga......


(Note : Tahukah anda, Video ini saya ambil pada kali pertama ianya dilelong. Untuk pengetahuan anda, Rumah ini telah dilelong semula selepas 3 bulan disebabkan pembeli tidak dapat menyelesaikan baki bayaran. Akibatnya duit deposit pembeli yang berjaya telah dirampas oleh pihak bank.)

Cuba anda kira berapa deposit untuk rumah ini kalau 5% dari harga yang berjaya beli.


P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI.
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Wednesday, March 13, 2013

Asas Sebelum Beli Hartanah atau Rumah Lelong


Untuk membeli hartanah lelong anda terlebih dahulu perlu mengenal pasti maklumat hartanah yang akan dilelong. Ini adalah perkara asas yang pertama sekali sebelum anda ingin memilih hartanah dan membuat pembelian.

Jangan sekali-kali anda membeli hartanah lelong tanpa mengetahui dengan tepat iaitu alamat, jenis hartanah, tarikh, jenis lelongan, bank, deposit, tempoh selesaikan baki pinjaman dan lain-lain perkara berkaitan dengan hartanah. Misalnya untuk rumah jenis Apartment, anda perlu memastikan alamat hartanah tersebut adalah tepat mengikut susunan no unit.

Seperti mana yang anda tahu, setiap hartanah yang akan dilelong mempunyai syarat dan terma tersendiri sepertimana yang terkandung dalam POS. Untuk ketahui apa itu POS sila Klik Sini.

Syarat dan terma ini berbeza-beza mengikut kepada jenis hartanah, bank yang melelong, jenis lelongan dan lain-lain. Contohnya, untuk rumah yang berstatus bumiputra, maka hartanah tersebut hanya boleh dibeli oleh bumiputra.

10 perkara asas yang perlu anda ambil tahu.

  1. Tarikh lelongan akan diadakan
  2. Jenis hartanah lelong 
  3. Alamat hartanah 
  4. Jenis lelongan 
  5. Bank yang melelong 
  6. Syarat penting 
  7. Tunggakan yang ditanggung dan tidak ditanggung oleh bank 
  8. Jumlah Bank Draft (Deposit 5%@10%) 
  9. Tempoh Selesaikan baki bayaran 
  10. Sekatan dan Kepentingan hartanah
Sebenarnya masih ada beberapa perkara lain yang perlu anda ambil tahu. Tapi asas utama yang perlu anda ambil tahu sebelum anda ingin membeli hartanah lelong adalah seperti diatas. 

Semoga artikel kali ini dapat memberi panduan dan tip yang berguna untuk anda.

P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI.

Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Sunday, March 10, 2013

Luar Negara : Rumah Paling Kecil Di Dunia

Salam bertemu lagi.....
Untuk posting kali ni saya nak share rumah yang paling kecil di dunia dan mungkin juga rumah yang paling murah di dunia...

Setiap orang pasti mengidamkan untuk memiliki rumah sendiri.... Tidak kira berapa besar atau kecil sesebuah rumah itu, apa yang paling penting rumah tersebut dapat memberikan keselesaan dan sebagai tempat berlindung sudah memadai.

Akan tertapi, harga rumah semakin hari semakin naik..... Harganya tidak lagi sama seperti dulu...  

Seperti Hartanah Lelong juga, terdapat perubahan yang sangat besar... Harga hartanah lelong kini boleh jadi lebih mahal dari pembelian hartanah biasa..... Nanti saya akan kongsikan buktinya di hari yang lain...

Sepertimana yang kita tahu, kenaikan harga rumah yang semakin tak menentu telah membantutkan hasrat sesetengah orang untuk memiliki rumah sendiri... Namun, dengan kreativiti yang dimiliki oleh individu dari luar negara telah mencipta rumah sendiri dengan keluasan 1 m2 (Meter Persegi) sahaja...

Rasanya jika harga hartanah semakin meningkat dengan mendadak, mungkin pada masa akan datang orang terpaksa bina rumah sendiri yang boleh dibawa kemana saja macam gambar-gambar kat bawah ni...






P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI.
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Dapatkan Update Terkini :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

P/S: sila semak email anda (inbox/bulk/spam) untuk mengaktifkan perkhidmatan ini. Terima Kasih.
note: You will receive a verification message once you submit this form. FeedBurner will activates your subscription to "Rumah Murah" once you respond to this verification message. Thank You.
Commercial Real Estate Cash Flow Funding System
How To Buy Commercial Real Estate With No Cash Or Credit. Learn The Secrets Insiders Never Share. Create A Cash Flow Of $25,000+ Within 90

PERHATIAN :

Anda tidak dibenarkan mengeluar-ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain media sebelum mendapat izin daripada saya terlebih dahulu.

Namun bergitu, anda dibenarkan untuk berkongsi apa sahaja artikel, ilustrasi dan isi kandungan blog ini dengan SYARAT meletakkan sumber link seperti contoh dibawah :
Sumber dari
: www.mdauction2u.com

Saya juga ingin mengingatkan, segala strategi yang digariskan dalam blog ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan untuk memberikan sesuatu keputusan. Saya secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atas risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa juga kandungan daripada blog ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More