1. ALAMAT - ketahui dan pastikan alamat dan tarikh lelongan hartanah yang diingini adalah betul dan tepat.
2. LAWATI - Membuat lawatan keatas hartanah yang diingini.
3. TANYA - Anda juga boleh membuat pertanyaan kepada pemaju/pemilik/pihak berkuasa tempatan/carian hakmilik/ sekiranya ingin mengetahui dengan lebih detail berkenaan dengan hartanah yang dingini.
4. BANK DRAFT - Deposit untuk masuk lelong. Bila dah betul-2 pasti dengan hartanah, Anda perlu menyediakan 5% @ 10% Bank Draf dari harga Reserve Price atas nama bank yang melelong harta.
5. DATANG AWAL - Sekurangnya 30 minit sebelum lelongan untuk pendaftaran. Sila pastikan juga no. lelongan hartanah adalah sama dengan hartanah yang ingin dibida oleh anda. *Elakkan daripada memaklumkan kepada orang yang tidak dikenali daripada mengetahui hartanah yang ingin anda bida dan juga harga tertinggi yang sanggup anda bida.
6. MEMBUAT BIDAAN - Anda akan diberikan pad bidaan untuk membuat bidaan. Pelelong akan membaca sedikit maklumat asas mengenai hartanah sebelum bidaan dimulakan. Anda hanya perlu menunjukkan no. bidaan anda apabila ingin membuat bidaan dan lelongan akan berhenti apabila tiada lagi tawaran dari pembider lain.
7. ANDA BERJAYA - Taniah jika mendapat harga Reserve. Pelelong akan mengira sehingga 3 kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup dan mengumumkan pembida yang berjaya. Jika tidak berjaya, bank draft akan dipulangkan semula.
8. BAKI DEPOSIT - Anda perlu mencukupkan deposit. Anda hendaklah menjelaskan baki deposit dari harga yang berjaya selepas lelongan.
*Cth; Reserve : RM 100,000/- anda berjaya bida RM 120,000/-
*Deposit 10% ; RM 10,000 + ( kenaikan RM 20,000 x 10% = RM 2,000)
(Pembider yang berjaya perlu tambah RM2000 untuk mencukupkan deposit)
9. BUAT PINJAMAN PERUMAHAN - Pembeli yang berjaya hendaklah menyelesaikan baki harga dalam tempoh 90 hari @ 120 hari (bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pelelong).
10. LANTIK LAWYER - untuk membuat pindah milik. *tidak semua lawyer pandai menguruskan urusan rumah lelong.