31-12-2012 adalah hari pemnghabisan untuk tahun 2012. Tertapi bukanlah berakhirnya kehidupan atau kiamat yang diperhebohkan untuk tahun ini.
Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk berubah kearah yang lebih baik. Saya doakan kita semua sentiasa berada dalam lindungan Tuhan yang Maha Esa.
01-01-2013 diharapakan bermulalah buku baru untuk kita semua. Namun buku lama pasti akan terus kekal dalam ingatan sebagai suatu pengalaman dan pembelajaran yang cukup bermakna dan berharga. Saya Pasti setiap dugaan, cabaran, serta titian perjalan yang telah dilalui pasti menjadikan kita semua lebih matang dan berdaya maju.
Masa lalu adalah kenangan
Hari ini adalah laluan
Hari esok adalah harapan
Selamat tahun baru 2013
Selamat tinggal kenangan
Selamat datang harapan
Semoga tahun baru ini segala cita-cita dan impian dapat tercapai dan dipermudahkan
Bersempena dengan kedatangan tahun baru ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pelawat blog ini. Semoga kita semua telah mengapai azam yang telah dibuat tahu 2012. Saya juga doakan agar kita sama-sama berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Note : Bersempena tahun baru ini, saya ada sediakan satu ebook percuma untuk pelawat blog. Sila KLIK SINI untuk mendapatkannya.
0 comments:
Post a Comment