Muat Turun 1,000 Hartanah Lelong Ini Sekarang:

PENTING!! Sila buat pengesahan email anda, periksa peti inbox email anda, jika tiada periksa peti spam.

Tuesday, April 2, 2013

Luar Negara : 5 Rumah Atas Pokok Yang Menakjubkan

Masa kecik-kecik mungkin kita pernah bina rumah atas pokok atau mungkin pernah berimpian untuk membina rumah atas pokok yang sangat menakjubkan. Untuk posting kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 5 rumah yang dibina atas pokok yang memang lain dari yang lain.

Pada masa kini rumah-rumah yang dibina atas pokok sudah menjadi sangat menarik dan unik. Dengan teknologi yang semakin berkembang menjadikan rumah yang dibina atas pokok sangat stabil dan mungkin boleh jadi lebih mahal dari rumah biasa.

01. Treehouses Baumraum
Rumah ini dibina dengan gabungan klasik dan moden. Ini kerana, ianya dibina daripada struktur kayu yang mudah dan dibina dengan konsep serta rekabentuk moden.

02. Free Spirit Spheres

Rumah ini pula direka bentuk seperti sebiji bola. Apa yang unik untuk rumah ini adalah kerana ianya mudah alih, tahan lama dan kalis air.

03. TreeHouse Workshop

TreeHouse Workshop adalah sebuah syarikat yang terletak di Seattle, Washington yang telah menjadikan binaan rumah atas pokok sesuatu yang amat serius. Mereka telah memberikan perkhidmatan untuk membina rumah tersebut sekurang-kurangnya sebuah rumah sebulan. 

04. Tree Dwellers (Penghuni Pokok Tradisional)


Bukan semua rumah yang dibina dan diubah suai mengikut citarasa orang moden sahaja. Rumah atas pokok juga dibina oleh mereka yang tidak berkemampuan dan boleh jadi mereka ini lebih dahulu mempraktikan rumah pokok dengan cara yang lebih serius. Seperti gambar diatas, sesetengah orang tempatan yang tinggal di Brazza Lembangan Sungai di wilayah Papua Indonesia secara pelahan-lahan telah berpindah kerumah pokok yang mempunyai ketinggian lebih dari 100 kaki.

05. Styx Valley Tree House

Rumah pokok ini pula dihasilkan untuk menyelamatkan pokok-pokok yang berusia lebih dari 400 tahun. Rumah ini dibina secara berhubung antara satu pokok dengan pokok yang lain dengan tujuan untuk memudahkan pihak pengkaji membuat kajian terhadap pokok yang berusia dan mempunyai ketinggian yang tertinggi. Rumah pokok ini adalah jenis rumah yang tertinggi di dunia buat masa ini.

P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI.
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

0 comments:

Post a Comment

Dapatkan Update Terkini :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

P/S: sila semak email anda (inbox/bulk/spam) untuk mengaktifkan perkhidmatan ini. Terima Kasih.
note: You will receive a verification message once you submit this form. FeedBurner will activates your subscription to "Rumah Murah" once you respond to this verification message. Thank You.
Commercial Real Estate Cash Flow Funding System
How To Buy Commercial Real Estate With No Cash Or Credit. Learn The Secrets Insiders Never Share. Create A Cash Flow Of $25,000+ Within 90

PERHATIAN :

Anda tidak dibenarkan mengeluar-ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain media sebelum mendapat izin daripada saya terlebih dahulu.

Namun bergitu, anda dibenarkan untuk berkongsi apa sahaja artikel, ilustrasi dan isi kandungan blog ini dengan SYARAT meletakkan sumber link seperti contoh dibawah :
Sumber dari
: www.mdauction2u.com

Saya juga ingin mengingatkan, segala strategi yang digariskan dalam blog ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan untuk memberikan sesuatu keputusan. Saya secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atas risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa juga kandungan daripada blog ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More