Pinjaman perumahan adalah salah satu cara untuk mendapatkan rumah idaman. Ini kerana kita dapat membuat pinjaman dengan jumlah yang mungkin melebihi daripada kemampuan kita.
Dalam lelongan harta tanah, setiap individu yang telah berjaya dalam membeli rumah lelong, mereka perlu membuat pemohonan pinjaman dengan kadar segera untuk memastikan tempoh yang telah ditetapkan oleh bank tidak telepas. Jika tidak wang deposit akan diambil oleh pihak bank dan tidak akan dikembalikan.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman bank.
# Salinan Fotostat Kad Pengenalan
# Salinan Fotostat Cukai Pendapatan (Borang J) untuk 2 tahun
# Salinan Fotostat Salinan Gaji (3 bulan terkini)
# Salinan Fotostat Penyata Bank (3 bulan yang lalu)
# Salinan Fotostat Akaun Untung Rugi Syarikat (Jika berkerja sendiri)
# Salinan S&P atau Periystiharan Jualan dari Pelelong
Dibawah adalah contoh interes yang dikenakan oleh pihak bank untuk harga hartanah RM 150,000 untuk tempoh pinjaman sehingga 30 tahun. Bedasarkan gambaran dibawah juga anda boleh rumuskan bahawa setiap bank memberikan kadar interes dan syarat lock-in period yang berbeza.
Note : Jika mengikut kepada kepada rate Conventional (biasa) pada masa kini adalah 6.6 Peratus (Interest Rate). Namun untuk lebih tepat sila rujuk institusi pinjaman anda untuk lebih lanjut. Atau anda boleh rujuk website dibawah untuk memudahkan anda membuat anggaran pinjaman perumahan mengikut harga rumah yang ingin anda beli.
http://www.imoney.my/home-loan
P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.
P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI
Untuk Pertanyaan Hubungi :
0 comments:
Post a Comment