Muat Turun 1,000 Hartanah Lelong Ini Sekarang:

PENTING!! Sila buat pengesahan email anda, periksa peti inbox email anda, jika tiada periksa peti spam.

Thursday, March 7, 2013

Apakah itu POS?

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu POS. POS ini adalah singkatan dari perkataan Proclamation Of Sale atau dalam bahasa melayu disebut sebagai Perisytiharan Jualan. Dari POS ini kita akan ketahui syarat dan terma bagi hartanah yang akan dilelong. 

Di bawah ini saya sertakan contoh POS untuk rujukan anda : 



Dengan adanya POS, anda dapat ketahui Tarikh, Masa dan Tempat lelongan yang akan diadakan. Dalam POS ini juga akan menyatakan dengan tepat berkenaan peratus (%) yang perlu anda sediakan untuk memasuki lelongan dan kepada siapa Bank Draft tersebut perlu dibuat. POS ini akan memberitahu anda tempoh untuk membuat menyelesaikan baki pinjaman.


P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Tuesday, February 26, 2013

Luar Negara : Rumah Paling Mahal Didunia



Salam ceria untuk pelawat blog ini...

Rasanya dah lama saya tak update blog ni... Untuk itu saya nak kongsi satu cerita untuk anda. Mungkin ada yang dah tahu... ianya berkenaan rumah yang paling mahal didunia yang dikenali sebagai Antilia... 

Menurut satu majalah luar negara iaitu Forbes, ada seorang lelaki terkaya di India dan isterinya telah membina sebuah rumah yang dipercayai adalah rumah yang paling mahal di dunia. Majalah itu telah membongkar serba sedikit apa keunikan dan kelebihan yang ada pada rumah tersebut.

Majalah tersebut mendedahkan bahawa bangunan tersebut mempunyai 27 tingkat. Akan tertapi, ketinggian lantai ke siling untuk setiap tingkat adalah dua kali ganda atau tiga kali ganda ketinggian biasa. Ianya menjadikan bangunan ini sebenarnya mempunyai ketinggian seperti bangunan 40-tingkat.


Rumah yang terletak di Mumbai ini mempunyai 400,000 kaki persegi dan memiliki tempat makan yang indah, perpustakaan yang luas dan juga bilik salji.

Rumah ini dimiliki sepenuhnya oleh Mukesh Ambani dan isterinya Nita Ambani yang merupakan antara orang yang terkaya di India. Mereka menyatakan rumah tersebut adalah sebuah rumah moden dengan hati india dan hanya ada satu di dunia. 


Nita Ambani menjelaskan bahawa reka bentuk adalah berdasarkan tema teratai dan matahari, dihiasi dengan menggunakan marmar, ibu-of-mutiara, kristal dan hutan jarang.

Disini saya sertakan beberapa gambar dalaman rumah. Terdapat banyak bilik yang menyerupai lobi hotel lima bintang. Menurut majalah tersebut, rumah ini juga mempunyai sebuah dewan, sebuah spa, bilik teater, taman, ruang untuk tetamu dan juga bilik sembahyang Hindu.



Laporan juga menyatakan bahawa Antilia adalah rumah yang bernilai lebih daripada $ 1 bilion. Menurut Majalah Forbes juga, Mukesh Ambani mempunyai harta bernilai $ 22,000,000,000. 



P/S : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

P/S : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Wednesday, January 9, 2013

Persediaan Sebelum Membeli Hartanah / Rumah Lelong

Salam sejahtera untuk semua...

Alhamdulillah..... segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam...
Saya serta anda yang sedang membaca pasti bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk berada ditahun yang baru dengan semangat yang baru berserta azam yang baru...

Mungkin dulu saya pernah beritahu. Saya akan berkongsikan info, tip, panduan, pengalaman, dan apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Hartanah atau Rumah Lelong di blog ini. Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan ilmu dan maklumat yang berguna untuk anda.

Untuk Artikel pertama ini saya akan berkongsi dengan anda tentang persediaan sebelum membeli hartanah.



Ok... Sebelum anda ingin membeli Hartanah atau Rumah Lelong, perkara paling utama yang perlu dan wajib anda tahu adalah Ilmu. Dengan adanya ilmu, anda dapat mengetahui selok-belok yang terdapat dalam hartanah lelong dan seterusnya dapat meminimakan segala risiko.

Anda seharusnya telah mengetahui apa yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas dari lelong. Sekiranya tersilap memilih dan membeli hartanah, ianya boleh menyebabkan anda mengalami kerugian atau ditipu.

Adakah anda benar-benar telah Bersedia?.
Selain ilmu, persediaan kewangan merupakan modal awal yang perlu anda ada sebelum ingin membeli hartanah. Tidak kiralah hartanah itu anda ingin beli melalui pembelian secara biasa atau secara lelongan awam.

Persediaan kewangan adalah satu perancangan penting kerana hartanah memerlukan modal yang besar untuk dilaburkan. Terutamanya anda perlu menyediakan deposit untuk membeli hartanah yang diminati. Sekiranya tersilap langkah, anda mungkin mengalami kerugian atau kehilangan deposit.

Sekiranya anda telah membayar deposit, wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pinjaman perumahan tidak mendapat kelulusan bank. Perkara ini biasanya terjadi bagi mereka-mereka yang membeli hartanah tanpa memeriksa terlebih dahulu tahap kewangannya. Apabila ingin membuat pinjaman dengan pihak bank barulah mereka tahu bahawa dirinya ada Criss/Ctos/Black List atau High Commitment.

Berdasarkan pengalaman, saya telah melihat ramai orang yang menghadapi masalah ini. Bahkan klien saya sendiri walaupun dah dipesan tapi tetap berlaku. Jika saya berjumpa Klien, kebiasaan saya akan bertanya;

“Tuan/Puan ada masalah pinjaman tak?”

Jawapan diberi;

“Takpe, takde masalah, kereta dah habis bayar. Personal loan ada lagi 2 tahun nak habis. Kalau nak buat pinjaman boleh lagi.”

Jika dilihat kepada slip gaji, memang apa yang beliau cakapkan memang betul. Potongan gajinya ok. Baki yang tinggal masih boleh untuk membuat pinjaman perumahan. Tapi yang pasti, saya bukanlah banker untuk memberikan jawapan yang tepat tehadap status kelayakan pinjaman.

Dipendekkan cerita, Selepas dia berjaya membeli hartanah lelong dan ingin membuat pemohonan pinjaman. Bank dapati beliau ada masalah bayaran bulanan untuk pinjaman-pinjaman yang lepas. Oleh itu, bank telah memberitahunya bahawa beliau ada criss. Sekiranya terdapat criss, pinjaman perumahannya sukar untuk mendapatkan kelulusan. Akibatnya, wang deposit beliau dirampas oleh bank.

Perkara pertama ini saya sangat tekankan kepada para pembeli untuk semak terlebih dahulu sebelum ingin membeli hartanah. Saya tidak mahu kesilapan mereka-mereka sebelum ini terjadi kepada anda yang mungkin pertama kali ingin membeli Hartanah.
p/s : Saya bukan bank dan tiada hak untuk mengambil tahu tahap kewangan anda. Ianya adalah privasi anda. Anda sendiri sepatutnya mengambil tahu dan bertanya dengan pihak bank terhadap status pinjaman anda.


p/s/s : Jika anda ada ulasan, jawapan, soalan atau komen sila tinggalkan dibawah. Mungkin anda boleh kongsikan dengan saya dan pelawat blog ni.

p/s/s/s : Untuk melihat senarai hartanah lelong terkini sila KLIK SINI
 
Untuk Pertanyaan Hubungi :
Muhd Firdaus_010-344 3058

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

31-12-2012 adalah hari pemnghabisan untuk tahun 2012. Tertapi bukanlah berakhirnya kehidupan atau kiamat yang diperhebohkan untuk tahun ini.

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk berubah kearah yang lebih baik. Saya doakan kita  semua sentiasa berada dalam lindungan Tuhan yang Maha Esa.

01-01-2013 diharapakan bermulalah buku baru untuk kita semua. Namun buku lama pasti akan terus kekal dalam ingatan sebagai suatu pengalaman dan pembelajaran yang cukup bermakna dan berharga. Saya Pasti setiap dugaan, cabaran, serta titian perjalan yang telah dilalui pasti menjadikan kita semua lebih matang dan berdaya maju.

Masa lalu adalah kenangan
Hari ini adalah laluan
Hari esok adalah harapan
Selamat tahun baru 2013
Selamat tinggal kenangan
Selamat datang harapan
Semoga tahun baru ini segala cita-cita dan impian dapat tercapai dan dipermudahkan

Bersempena dengan kedatangan tahun baru ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pelawat blog ini. Semoga kita semua telah mengapai azam yang telah dibuat tahu 2012. Saya juga doakan agar kita sama-sama berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.



Note : Bersempena tahun baru ini, saya ada sediakan satu ebook percuma untuk pelawat blog. Sila KLIK SINI untuk mendapatkannya.



Wednesday, November 21, 2012

ZON LELONG - NEW LISTING UPDATE : 21-11-2012

Ada Banyak Hartanah yang Hot untuk Akhir tahun ni:
Sila lihat senarai dibawah dan dapatkan rumah idaman anda sekarang.
Untuk para pelabur, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ada beber

apa property yang sangat sesuai untuk buat fliping " beli & Jual balik". Untuk sewapun banyak.

Lihat Senarai tersebut di :
========================
KUALA LUMPUR
=============
SELANGOR

Ampang / Batu Caves / Kajang / Semenyih / Bangi / Puchong
Rawang / Kundang / Klang / Kapar / Puncak Alam / Shah Alam Petaling / Damansara / Seri Kembangan / Balakong / Banting / Batang Berjuntai / Batang Kali / Beranang / Cyberjaya / Hulu Langat / Hulu Selangor / Hulu Yam / Jenjarom / Jeram / Kepong
Kuala Kubu / Kuala Langat / Kuala Selangor / Rasa / S.Cheras / Sabak Bernam / Selayang / Sepang / Subang Jaya / Sungai Buloh / Dan Lain-Lain Kawasan
=============
W.P. PUTRAJAYA
=============
NEGERI SEMBILAN / SEREMBAN
=============


Daftar Percuma Klik Sini>> 

Untuk Pertanyaan Hubungi :

Muhd Firdaus_010-344 3058

Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha untuk Semua.....

Assalamualaikum & Salam Maju Jaya untuk semua.

Pada hari yang cukup penting dan penuh dengan sejarah ini, saya teringat kembali kepada kisah zaman nabi yang menjadi pedoman buat kita semua. Saya rasa mesti ramai dah tahu cerita ini dan mungkin akan diceritakan kembali oleh ilmuan islam apabila berada di bulan zulhijjah ini.

Cerita yang saya maksudkan adalah kisah Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. yang berkorban untuk membuktikan kecintaan kepada yang maha Esa. Kita semua pasti ingat bagaimana Allah s.w.t. menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan kambing (kibas).

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (Ash-Saffat: 102)

Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

Kisah diatas saya ambil dari sumber iluvislam.com. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan menguatkan keimanan kita kepada yang maha Esa.

Akhir kata dari saya, Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat.

Thursday, October 11, 2012

ZonLelong.com Update Bulan 10 (Hartanah / Rumah Lelong)

Update : Zon Lelong Bulan 10/2012

Salam Pembaca / Pelawat website MDauction2U.
Sorry lama tak update... Blog ini akan saya renovate & decorate dalam masa akan datang..
Rasanya mungkin lepas raya.....
Blog ni saya akan jadikan tempat untuk saya berkongsi pengalaman, Tip, info, maklumat, panduan dan apa sahaja yang saya rasa bagus untuk dikongsikan dengan anda berkaitan Hartanah/ Rumah Lelong.

Untuk makluman anda, saya baru update bahagian Soalan dan Jawapan di ZonLelong.com, dimana beberapa pertanyaan lazim yang sering saya terima ada saya jawab disitu..
Sila klik Gambar Dibawah untuk melihat soalan dan jawapan tersebut :





Jika anda berminat untuk mendapatkan hartanah / rumah lelong sila lawati : www.zonlelong.com

Location


Daftar Percuma Klik Sini>> 

Untuk Pertanyaan Hubungi :




Dapatkan Update Terkini :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

P/S: sila semak email anda (inbox/bulk/spam) untuk mengaktifkan perkhidmatan ini. Terima Kasih.
note: You will receive a verification message once you submit this form. FeedBurner will activates your subscription to "Rumah Murah" once you respond to this verification message. Thank You.
Commercial Real Estate Cash Flow Funding System
How To Buy Commercial Real Estate With No Cash Or Credit. Learn The Secrets Insiders Never Share. Create A Cash Flow Of $25,000+ Within 90

PERHATIAN :

Anda tidak dibenarkan mengeluar-ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain media sebelum mendapat izin daripada saya terlebih dahulu.

Namun bergitu, anda dibenarkan untuk berkongsi apa sahaja artikel, ilustrasi dan isi kandungan blog ini dengan SYARAT meletakkan sumber link seperti contoh dibawah :
Sumber dari
: www.mdauction2u.com

Saya juga ingin mengingatkan, segala strategi yang digariskan dalam blog ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan untuk memberikan sesuatu keputusan. Saya secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atas risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa juga kandungan daripada blog ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More